Blog

Lemonade's Recipes Blog
Asyik kongsi resepi ayam je kan. Apa kata kali ini kita jenguk masakan berasaskan ikan pula. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

2 keping potongan ikan salmon
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cayyene pepper
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula perang
1 biji lemon dihiris bulat
1 sudu besar olive oil @ mentega

Cara membuatnya:
- satukan semua bahan kecuali lemon. Dalam masa yang sama panaskan ketuhar 170 - 180 darjah celcius.
- lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan salmon. Ketepikan untuk 15 - 20 minit.
- Panaskan kuali dan tuang olive oil atau mentega. Masukkan ikan salmon dan gorenh sehingga garing. Tutup aip.
- Letakkan ikan tadi di atas aluminum foil dan susun hirisan lemon diatasnya. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

Sumber : Lya Uzir Creative Living


Asyik masak nasi minyak, nasi tomato aje. Jom kita cuba nasi lemon pula. Resepi lain sedikit dari resepi yang admin kongsikan sebelum ini.

Bahan-bahan:

1 kg basmathi yang dicuci bersih dan ditoskan
100 gram majerin
1/2 tin susu cair
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lemon yang diparut kulitnya dan diperah jusnya
1 liter air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia
1 tangkai daun sup dihiris
1 tangkai daun pudina dihiris

Cara:

Tumis dengan majerin bahan-bahan kisar. Goreng sehingga garing dan naik bau.  Masukkan air, kunyit, garam, susu cair dan perahan jus lemon beserta parutan kulit lemon. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan beras, dau pudina dan sup. Tanak nasi sehingga masa. Sedia untuk dihidang ๐Ÿ˜Š.


Sumber : www.azlitamasammanis.com

Hari ini admin kongsikan lemon dan kaum kerabatnya. Walaupun lain mak dan bapa tapi sama-sama member manafaat untuk semua. Semoga berguna ๐Ÿ˜˜.
Perut buncit dengan wanita memang sesuatu yang menjadi igauan ngeri. Apabila sudah bergelar isteri sudah pasti anda akan menjadi lebih gelisah. Walaupun ada sesetengah pasangan mengatakan mereka tidak kisah. Seeloknya menjaga penampilan untuk pukau hati si dia tiada salahnya. Di sini, admin kongsikan petua ajaib untuk hilangkan perut buncit seawal seminggu. Ianya juga boleh mengurangkan nafsu makan anda.

Bahan-bahan

Setengah biji lemon
2 biji kurma
Secawan air suam (150ml)
4 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Kisar semua bahan termasuk kulit lemon untuk dapat khasiat 100%.
2. Tapis hasil kisaran tadi. Boleh tambahkan minyak delima sekiranya ada untuk kesan yang lebih.
3. Minum dua kali sehari pagi dan sebelum tidur. Lihat kesannya selepas semingi.
4. Tips ini amat berguna untuk menghilangkan lemak-lemak degil.
5. Hampas tadi jangan dibuang kerana ianya boleh digunakan untuk merawat jerawat.

Sumber : www.mingguanwanita.my
Anda menghadapi masalah baju yang kekuningan atau sukar menanggalkan kotoran pada baju putih anda? Meh baca di sini admin kongsikan kaedah untuk mengatasinya.

Mula-mula ambil beberapa biji lemon segar. Kupas kulitnya dan potong buahnya. Campurkan buah tadi dalam air panas. Kemudian sediakan baju putih anda dalam sebaldi air dan rendam bersama lemon tadi. Rendam selama dua jam untuk mendapatkan hasil terbaik.

Sumber : www.berkaos.com
Setiap manusia mengimpikan wajah yang halus dan mulus. Kulit yang terjaga bukan sahaja membuatkan seseorang cantik malahan tampil lebih yakin dari biasa.

Kali ini admin ingin kongsikan petua untuk memiliki wajah lembut, gebu dan sekata.

Bahan-bahannya

1 mangkuk beras pulut susu
1 sudu teh madu
Sedikit perahan lemon

Caranya

Beras pulut tadi digoreng tanpa minyak diaatas kuali. Jika tiada beras pulut biasapun tiada masalah. Goreng sehingga sedikit kekuningan. Kemudian beras tadi dikisar sehingga menjadi halus.  Apabila hendak dipakai di muka ambil 2 atau 3 sudu dan campurkan dengan madu dan lemon. Gaul adunan tadi sehingga sebati. Seterusnya boleh sapukan dan ratakan di wajah anda sehingga bahagian leher. Rehatkan wajah anda selama 15 ke 20 minit. Akhir sekali bilas dengan air suam. Lakukan selama dua atau tiga untuk melihat hasilnya. Selamat mencuba!




Hamil merupakan suatu fasa baru bagi seorang wanita. Tulisan di bawah agak panjang, namun admin rasa ianya amat berguna untuk dikongsikan bersama.

Di waktu-waktu ini seringkali wanita akan merasakan dan mengalami kelainan ke atas tubuh dan juga emosinya. Walau bagaimanapun ada juga wanita yang tidak mengalami sebarang perubahan. Oleh yang demikian wanita seharusnya bersedia dan tenang menghadapinya.

Amalan memakan buah-buahan amat bagus wanita hamil. Buah-buahan amat kaya dengan nutrisi antaranya vitamin, antioksida dan mineral. Begitu juga dengan lemon, maka tidak hairanlah mengamalkannya amat baik untuk bakal ibu. Tetapi anda turut perlu mengikuti saranan dan konsultasi doktor bagi mengelakkan sebarang implikasi yang tidak diingini. Berikut adalah penjelasan lanjut manafaat lemon.

Mengatasi sembelit

Seringkali apabila hamil antara masalah utama ibu hamil ialah pencernaan terutama saat kandungan makin membesar. Janin didalam perut boleh memberi tekanan kepada usus dan menggangu kelancaran proses pembuangan air besar. Pengambilan air lemon secara teratur dapat membantu pencernaan ibu.

Sumber vitamin C

Lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini dapat membantu menambahkan daya tahan tubuh badan kita melalui sifat antioksidanya. Kelebihan ini dapat meningkat jua daya imunisasi badan manusia.

Menghidrasi tubuh

Kandungan lemon juga mampu membantu dalam menghidrasikan tubuh. Dehidrasi adalah amat bahaya kepada ibu-ibu yang mengandung. Oleh itu, pengambilan air lemon yang teratur adalah memberikan manafaat yang baik untuk ibu.

Mengawal tekanan darah ibu hamil

Lemon juga mampu mengawal tekanan darah ibu hamil. Seterusnya pengambilan air lemon amat sesuai untuk memastikan tekanan darah para ibu dalam keadaan yang normal.

Mengatasi kaki bengkak

Sesetengah ibu menghadapi masalah kaki bengkak sewaktu mengandung. Pengambilan lemon secara konsisten mampu mengatasi masalah ini.


Mencegah kembung perut

Antara kandungan lain lemon ialah kalsium dan magnesium yang efektif untuk mencegah perut kembung. Oleh itu,  bagi ibu hamil yang mahu mencegah kembung perut amalan minuman lemon sedikit sebanyak boleh membantu dari berlaku kembung perut.

Membantu melancarkan kelahiran

Akhir sekali, untuk melancarkan proses kelahiran, disarankan mengambil air lemon bersama madu. Ianya terbaik baik untuk anda yang bakal bergelar ibu.

Sumber : www.solusisehat.com
Mengapa anda tidak percaya?

Mudah sahaja caranya. Begini, seperti biasa sediakan jus pati lemon. Sila rendamkan kuku anda selama 10 minit. Ambil berus dan berus kuku anda . Sekali lagi rendamkan kuku di dalam air suam yang ditambah dengan sedikit cuka. Setelah selesai bilas semula kuku dengan air suam.  Amalkan seminggu sekali untuk lihat kesannya.

Sumber : Internet
Semudah A...B...C

• Hiris buah lemon
• Perah lemon tadi dan masukkan ke dalam air.
• Tuang campuran air tadi dalam kiub ais dan di simpan dalam peti.
• Keluarkan bila terasa hendak menikmatinya. ๐Ÿ˜‰

Selamat Mencuba dan untuk lebih mudah, gunakan gantikan sahaja buah lemon dengan LEMONADEXPRESH !!!
Zaman sekarang ini amat mudah kita diserang penyakit terutama demam. Malah yang lebih pening kepala apabila yang dijangkiti demam ini adalah anak-anak kita. Paling tak tahan siap pakej sekali dengan selsema.

Jadi admin nak kongsi tips dengan kaedah lemon. Hebatkan lemon ni? Pelbagai guna sungguh.

Caranya begini:
- Mandi Lemon
• Ambil sebiji lemon dan dipotong nipis.
• Kemudian hirisan-hirisan lemon tadi diramas dan masukkan ke dalam air suam yang telah diisi dalam tab mandi @ baldi @ besen.
• Jadi biarkan anak anda berendam dalam itu.

- Stokin Lemon
• Hiris lemon nipis dan ramaskan ke dalam air suam.
• Rendam stokin dalam itu untuk berapa ketika.
• Kemudian pakaikan ke kaki anak anda semasa tidur sehingga kering. Insha Allah suhu badan anak anda akan cepat turun.

Sekian.

Sumber : FB

LEMON



Citrus adalah nama lain kepada tumbuhan malar hijau yang berkulit kuning tebal atau lebih popular dikenali sebagai lemon. Buahnya yang berbentuk bujur mempunyai rasa sedikit masam namun berbau harum menyegarkan.

SEJARAH

Asal pokok ini masih menjadi misteri meskipun ada yang beranggapan ianya mula tumbuh di India, Utara Burma dan China. Sifat antiseptiknya, membuatkan ia dikenali di Asia Tenggara dan Selatan. Ianya digunakan sebagai penawar nagi pelbagai racun.

Sekitar abad ke 1 Masihi, lemon mula menular masuk ke Eropah iaitu di zaman Rom Kuno tetapi masih belum banyak ditanam. Sekitar tahun 700 ia dibawa masuk ke Parsi dan seterusnya ke Iraq. Ianya turut tercatat dalam risalah kusasteraan Arab pada abad ke 10 berkisar tentang pertanian. Selain itu ia juga dijadikan tanaman hiasan.  Maka bermulalah ia dikembangkan ke secara meluas antara tahun 1000 hingga 1150 Masihi di wilayah Arab dan Mediterrante. Mula-mula asal genetiknya adalah hibrid antara oren pahit dan sitron.

Di Eropah penanaman secara besar-besaran bermula di Genoa pada pertengahan abad ke 15. Pada tahun 1493, Christoper Columbos telah membawa biji lemon ke Amerika untuk diperkenalkan semasa perjalanan ke Hispaniola. Apabila Sepanyol ditakluki maka lemon turut sama tersebar. Ubatan dan hiasan adalah antara kegunaan utamanya. Di California dan Florida, lemon mula dikenali pada abad ke 18 dan 19. Di waktu ini ia mula dikembangkan dalam bidang masakan dan sebagai perisa.

Sumber : www.wikipedia.com



Vitamin C merupakan antara kandungan utama lemon.  Selain berperanan besar dari sudut kesihatan, vitamin C juga berfungsi dalam proses pencerahan kulit. Kini ramai wanita yang mengimpikan kulit yang cerah dan berseri. Malahan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang menjanjikan kecerahan untuk kulit diwujudkan. Jadi tidak hairanlah salah satu ekstrak utama perawatan ini mengandungi lemon.

Hari ini admin ini berkongsi kaedah untuk mengatasi kulit belang dengan mengunakkan lemon. Caranya cukup mudah. Ambil sebiji lemon dan belah kepada dua bahagian atau lebih. Kemudian belahan lemon tadi bolehlah disapukan kepada bahagian yang berkenaan. Untuk lebih berkesan, lakukan sebelum mandi. Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba.

Sumber : http://wartamedika.com/cara-menghilangkan-kulit-belang/

Ini bukan main-main tapi serius. Sila baca fakta dibawah.

Jika anda berasa cemas dan takut bagaiamana cara untuk mengatasinya? Mudah sahaja kerana dengan menghidu bauan seperti lemon anda akan menjadi tenang dan seterusnya hilang rasa letih, lesu, penat dan begitu juga rasa cemas dan takut tadi.

Ini juga adalah jawapan kenapa terdapat  begitu banyak produk penyegar di pasaran berperisa lemon. Malahan kajian juga menyokong perkara ini ✌๐Ÿ‘๐Ÿ˜„.

Sumber : Internet
RESEPI LEMON CHEESE CAKE

Bahan-bahan A :

240g biskut marie dikisar halus seperti tepung
6 sudu besar unsalted butter
6 sudu besar gula kastor

Bahan-bahan B :

500g cream cheese
100 ml susu ( campuran fresh milk & 2 sudu besar susu tepung)
100g butter
6 biji kuning telur
10 sudu besar tepung jagung
Jus lemon ( dari 1/2 biji lemon)
Parutan kulit lemon ( dari sebiji lemon)

Bahan-bahan C:

4 biji telur putih
80g gula ising
1/2 sudu kecil krim of tartar

Cara-cara:
- Satukan bahan A dan gaul sebati
- letakkan dalam loyang saiz 9 dan diratakan
- Bakar pada suhu 180 °c selama 10 ke 15 minit
- Keluarkan dari oven dan gunakan alat penekan khas kek untuk menekan permukaan base ini dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Untuk Bahan B
- Satu cream cheese, tepung jagung, butter dan gula kastor.
- pukul sehingga kembang
- Masukkan kuning telur dan bancuhan susu tadi dan pukul lagi.
- Masukkan dan parutan lemon dan kacau sebati.
- ketepikan dahulu.

Untuk Bahan C
- pukul putih telur > soft peak
- masukkan cream of tartar & gula ising
- pukul hingga kental
- Masukkan bahan C ke B
- kaup dan balik sehingga sebati
 - tuang adunan di atas bahan A yang disejukkan tadi
- Bakar kaedah BAIN MARIE pada suhu 160°c selama1 1/2 @ masak.
- keluarkan kek dari oven, sejukkan pada suhu bilik.
- Simpan kek di dalam esbok
- sedap dimakan ketika sejuk

Sumber : Fb Mariana Osman




RESEPI LEMON POPPY SEED MUFFIN

 Bahan-bahan:
 • 280 gram tepung kek super fine blue key ( jenama lain pun ok)
 • 1 sudu besar baking powder
 • 1/8 sudu kecil garam
 • 115 gram gula pasir halus
 • 2 sudu besar poppy seed
 • 1 biji parutan kulit lemon
 • Jus lemon dari 1 biji lemon
 • 2 biji telur gred A
 • 250ml whipping cream UHT jenama Anchor
 • 6 sudu besar minyak canola @ 85 gram
 • butter yang dicairkan
 • 1 sudu kecil extract vanila

Cara-cara:

- Ramaskan parutan lemon bersama gula pasir.
- Campurkan semua bahan-bahan kering tepung, garam, baking powder, seed, campuran parutan lemon dan gula ke dalam mangkuk pengadun.
- Gaul sebati dan ketepikan bahan-bahan tadi.
- Campurkan telur dan whipping cream kemudian kacau sebati. Campurkan jus lemon, minyak canola dan vanila extract dan kacau sehingga sebati.
- Campur kedua-dua bahan kering dan basah. Kacau sekadar tepung bersatu dan jangan overmix adunan.
- Scoop adunan ke dalam muffin baking pan @ paper cup.
- Panaskan oven pada suhu 180°c dan bakar selama 20 - 35 minit.
- Bakar sehingga muffin keperangan dan bila dicucuk lidi ianya bersih. Maka muffin telah masak.

Nota:

Jika suka muffin tanpa paper cup hanya gunakan muffin pan dan pastikan shortening disapu ke dalam pan. Taburkan sedikit tepung. Untuk lebih mudah gunakan ice cream scoop untuk memasukkan muffin ke dalam pan.

Minyak jagung juga boleh digunakan untuk menggantikan minyak canola.

Sumber: Fb Jom Belajar Buat Kek


Takpernah consume air lemon? jom tengok video ini


FAKTA NUTRISI LEMON
Nutrition Facts
Amount Per 
Calories 17
% Daily Value*
Total Fat 0.2 g0%
Saturated fat 0 g0%
Polyunsaturated fat 0.1 g
Monounsaturated fat 0 g
Cholesterol 0 mg0%
Sodium 1 mg0%
Potassium 80 mg2%
Total Carbohydrate 5 g1%
Dietary fiber 1.6 g6%
Sugar 1.5 g
Protein 0.6 g1%
Vitamin A0%Vitamin C51%
Calcium1%Iron1%
Vitamin D0%Vitamin B-60%
Vitamin B-120%Magnesium1%


Jika sebelum ini admin ketengahankan kelebihan lemon. Kali ini kami kongsikan 5 manafaat mengamalkan minum air lemon suam di waktu pagi.

Satu ~
Nafas anda akan menjadi lebih segar.

Dua ~
Tubuh badan akan menjadi lebih bersih kerana lemon mampu bertindak sebagai detox.

Tiga ~
Berita baik untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan di samping kekal sihat dan bertenaga di waktu pagi. Dengan segelas lemon ianya mampu menggalakkan penurunan berat badan.

Empat ~
Meningkatkan imuniti adalah keupayaan tambahan yang boleh anda dapati dengan segelas lemon.

Lima ~
Bagi wanita yang mementingkan penjagaan kesihatan tubuh dan mahukan mengekalkan keremajaan kulit, lemon adalah antara pilihan terbaik.

Jadi apa tunggu lagi. Jom nikmati segelas lemon anda!!!
KELEBIHAN LEMON YANG ANDA PATUT TAHU


Sebut sahaja pasal lemon maka pasti anda terbayang tentang detox. Namun sebenarnya lemon juga mampu memberikan manafaat yang lain kepada kita. Teruskan membaca...

• Bilik anda berbau harum

Lemon sebenarnya bertindak lebih baik sebagai haruman dan penyegar berbanding yang berada dipasaran. Dengan hanya potong bahagian tengah lemon dan biarkan semalaman. Sekarang tidak perlu pening bagaimana hendak menyegar rumah atau ruang bilik. Pilihan yang lebih bijak dan seterusnya menjimatkan.
 ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰
• Persekitaran menjadi lebih bersih

Persekitaran yang bersih mendorong diri terutama dari sudut pernafasan. Bagi mereka yang mempunyai athma, selsema dan elergik cara diatas amat disarankan.Tidur juga akan menjadi lebih berkualiti. Bangun pagi juga akan lebih segar dan bertenaga.

• Memberi tenaga

Sekiranya tidur lewa dan lesu diawal pagi. Boleh cuba cara ringkas ini dengan potong atau perah jus lemon dan bau lemon tersebut sehingga kembalj segar. Kesannya boleh dilihat serta-merta dan lebih baik berbanding pengambilan kopi atau minuman tenaga.

Dipetik dari fb: Nurasyikin Amir



CARA MENYEDIAKAN AIR LEMON HALIA

Susah ke nak buat Air Lemon ni? tak apa kalau tak tahu, sini kami share infografik macamana nak sediakan air lemon yang sedap ni



















Previous PostCatatan Lama Laman utama