Blog

Lemonade's Recipes Blog
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Asyik kongsi resepi ayam je kan. Apa kata kali ini kita jenguk masakan berasaskan ikan pula. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

2 keping potongan ikan salmon
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cayyene pepper
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula perang
1 biji lemon dihiris bulat
1 sudu besar olive oil @ mentega

Cara membuatnya:
- satukan semua bahan kecuali lemon. Dalam masa yang sama panaskan ketuhar 170 - 180 darjah celcius.
- lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan salmon. Ketepikan untuk 15 - 20 minit.
- Panaskan kuali dan tuang olive oil atau mentega. Masukkan ikan salmon dan gorenh sehingga garing. Tutup aip.
- Letakkan ikan tadi di atas aluminum foil dan susun hirisan lemon diatasnya. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

Sumber : Lya Uzir Creative Living


Asyik masak nasi minyak, nasi tomato aje. Jom kita cuba nasi lemon pula. Resepi lain sedikit dari resepi yang admin kongsikan sebelum ini.

Bahan-bahan:

1 kg basmathi yang dicuci bersih dan ditoskan
100 gram majerin
1/2 tin susu cair
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lemon yang diparut kulitnya dan diperah jusnya
1 liter air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia
1 tangkai daun sup dihiris
1 tangkai daun pudina dihiris

Cara:

Tumis dengan majerin bahan-bahan kisar. Goreng sehingga garing dan naik bau.  Masukkan air, kunyit, garam, susu cair dan perahan jus lemon beserta parutan kulit lemon. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan beras, dau pudina dan sup. Tanak nasi sehingga masa. Sedia untuk dihidang 😊.


Sumber : www.azlitamasammanis.com
Semudah A...B...C

• Hiris buah lemon
• Perah lemon tadi dan masukkan ke dalam air.
• Tuang campuran air tadi dalam kiub ais dan di simpan dalam peti.
• Keluarkan bila terasa hendak menikmatinya. 😉

Selamat Mencuba dan untuk lebih mudah, gunakan gantikan sahaja buah lemon dengan LEMONADEXPRESH !!!
RESEPI LEMON CHEESE CAKE

Bahan-bahan A :

240g biskut marie dikisar halus seperti tepung
6 sudu besar unsalted butter
6 sudu besar gula kastor

Bahan-bahan B :

500g cream cheese
100 ml susu ( campuran fresh milk & 2 sudu besar susu tepung)
100g butter
6 biji kuning telur
10 sudu besar tepung jagung
Jus lemon ( dari 1/2 biji lemon)
Parutan kulit lemon ( dari sebiji lemon)

Bahan-bahan C:

4 biji telur putih
80g gula ising
1/2 sudu kecil krim of tartar

Cara-cara:
- Satukan bahan A dan gaul sebati
- letakkan dalam loyang saiz 9 dan diratakan
- Bakar pada suhu 180 °c selama 10 ke 15 minit
- Keluarkan dari oven dan gunakan alat penekan khas kek untuk menekan permukaan base ini dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Untuk Bahan B
- Satu cream cheese, tepung jagung, butter dan gula kastor.
- pukul sehingga kembang
- Masukkan kuning telur dan bancuhan susu tadi dan pukul lagi.
- Masukkan dan parutan lemon dan kacau sebati.
- ketepikan dahulu.

Untuk Bahan C
- pukul putih telur > soft peak
- masukkan cream of tartar & gula ising
- pukul hingga kental
- Masukkan bahan C ke B
- kaup dan balik sehingga sebati
 - tuang adunan di atas bahan A yang disejukkan tadi
- Bakar kaedah BAIN MARIE pada suhu 160°c selama1 1/2 @ masak.
- keluarkan kek dari oven, sejukkan pada suhu bilik.
- Simpan kek di dalam esbok
- sedap dimakan ketika sejuk

Sumber : Fb Mariana Osman




RESEPI LEMON POPPY SEED MUFFIN

 Bahan-bahan:
 • 280 gram tepung kek super fine blue key ( jenama lain pun ok)
 • 1 sudu besar baking powder
 • 1/8 sudu kecil garam
 • 115 gram gula pasir halus
 • 2 sudu besar poppy seed
 • 1 biji parutan kulit lemon
 • Jus lemon dari 1 biji lemon
 • 2 biji telur gred A
 • 250ml whipping cream UHT jenama Anchor
 • 6 sudu besar minyak canola @ 85 gram
 • butter yang dicairkan
 • 1 sudu kecil extract vanila

Cara-cara:

- Ramaskan parutan lemon bersama gula pasir.
- Campurkan semua bahan-bahan kering tepung, garam, baking powder, seed, campuran parutan lemon dan gula ke dalam mangkuk pengadun.
- Gaul sebati dan ketepikan bahan-bahan tadi.
- Campurkan telur dan whipping cream kemudian kacau sebati. Campurkan jus lemon, minyak canola dan vanila extract dan kacau sehingga sebati.
- Campur kedua-dua bahan kering dan basah. Kacau sekadar tepung bersatu dan jangan overmix adunan.
- Scoop adunan ke dalam muffin baking pan @ paper cup.
- Panaskan oven pada suhu 180°c dan bakar selama 20 - 35 minit.
- Bakar sehingga muffin keperangan dan bila dicucuk lidi ianya bersih. Maka muffin telah masak.

Nota:

Jika suka muffin tanpa paper cup hanya gunakan muffin pan dan pastikan shortening disapu ke dalam pan. Taburkan sedikit tepung. Untuk lebih mudah gunakan ice cream scoop untuk memasukkan muffin ke dalam pan.

Minyak jagung juga boleh digunakan untuk menggantikan minyak canola.

Sumber: Fb Jom Belajar Buat Kek
RESEPI AYAM GORENG LEMON

 Bahan-bahan:
 • 250 gram ayam dipotong dadu
 • Setengah biji lemon diperah
 • Setengah biji lemon dipotong bulat
 • Sedikit kulit lemon dihiris
 • 10 tangkai cili kering
 • 1 biji telur dipukul
 • 4 ulas bawang putih
 • Setengah inci halia dicincang 

Cara Memasak:

 Perap ayam dengan kulit lemon dan garam selama 10 minit. Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

 Untuk sos, ambil sedikit minyak tadi. Tumiskan bawang putih bersama halia hingga wangi. Masukkan cili kering dan perahkan lemon ke dalamnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.

 Sumber: www.nakresepi.com
Previous PostCatatan Lama Laman utama